Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the Wanita Melayu Online.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Page 1 of 4 1234 LastLast
Results 1 to 20 of 74
  1. #1
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default KHAS BUAT IBU2 & TIPS PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Salam buat semua ibu-ibu..

    Di ruangan ini kita akan berkongsi pelbagai isu tentang penjagaan bayi dan kesihatan anak.

    Semua ahli wmc boleh meyumbangkan tips/nasihat/petua dan berkongsi pengalaman di dalam menghadapinya ketika membesarkan anak.

    Semoga pengalaman ini dapat dikongsi bersama wanita yang bakal bergelar ibu...

  2. #2
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK & KHAS BUAT IBU2

    Saya ingin berkongsi mengenai RUAM LAMPIN.

    Ruam Lampin:

    BAGAIMANA BERLAKU?

    Ruam lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama.
    Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin mudah terjadi ialah:
    Geseran antara dua permukaan kulit yang basah.
    Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit.
    PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit.
    Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk.
    Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.

    SIMPTOM

    Antara simptom-simptom ruam lampin ialah:

    • Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus.
    • Kulit berasa kasar dan gatal.
    • Bagi ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis pada setiap kali basah (membuang air).
    Ruam lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan akan menjadi lebih teruk.
    Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
    Jangkitan Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah.

    PENCEGAHAN

    Ruam lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.

    RAWATAN

    Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
    (credit to berundu laut, S.Alam)

    Sekiranya anak kita jenis kulit sensitif, mudah terkena ruam saya sarankan agar menggunakan diaper ichiban yang dreka khas untuk bayi berkulit sensitif.

  3. #3
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Diapers Dan Penjagaan Kebersihan

    1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

    2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).

    3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

    4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.

    5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.

    Sumber dipetik dari : "Penggunaan Diapers Kanak-kanak" ; kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMINAR PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN BAYI, 2002.

  4. #4
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Dulu saya biasa tgk org tepek bedak kat 'tut' bayi masa pakaikan lampin..
    ada yg tu curah mcm tak cukup tanah...

    sebenarnya (dr pembacaan dan nasihat Dr) penggunaan bedak ni terutama pd bayi perempuan akan mendatangkan masalah di kemudian hari kelak..
    Masalah pd rahim..ia boleh menjadi punca barah dll.

    kalau nak elak ruam (BAGI BAYI YG TERLALU SENSITIF/SEDANG RUAM)
    sapukan veselin pd punggung bayi semasa memakaikan diaper..
    vaselin mampu mengelakkan air kencing dr melekat pd punggung terutama kalau kita tak sedar bayi buang air besar.

  5. #5
    Peniaga D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    28 Nov 2007
    Posts
    1,026

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    dulu ..... masa bersalin anak sulong bidan yg urut lin pun akan urut bayi dan mandikan.... so bila tabur bedak... betul cakap ina mcm tak cukup tanah... malas nak tegur orang tua kan.... bidan tu balik je.. mak lin cepat2 basuh...rasanya 1 botol tak cukup seminggu...tu belum tepek kat muka dia lagi....aduh..mcm tepung gomak lak anak aku...

    letak je baby oil kat punggung dia...najis pon tak lekat kat punggung senang nak bersihkan...

    lagi satu...bila nak mandikan...air mandi baby tu..titikkan 1 or 2 titik dalam besen....kulit bayi akan jadi lembut je.... CUBALAH...

  6. #6
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Quote Originally Posted by angah lin View Post

    lin

    terima kasih atas tip tersebut...mesti ramai yg ingin mencuba..
    tulah lin..nak tegur org tua..terpaksa pendamkan je..

    anak kedua dan ke-3 ina jaga 100% lepas kuar hospital..takde bantuan sapa2..tapi pengalaman anak pertama dijaga sekejap (seminggu oleh makcik) banyak membantu.

    baru teringat..
    ina biasa titikkan minyak kayu putih masa mandikan bayi (tp elakkan sapu air bahagian mata)..lepas mandikan bayi terus urut kecuali bhg perut..
    bayi yg di urut tumbesarannya lebih cepat matang...badannya pejal..
    ia juga bg mengelakkan bayi kembong..

  7. #7

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Erm... tips-tips yg bagus utk rujukan xena..
    maklumlah xena sedang menanti saat kelahiran pertama..

    So, pengalaman org lama dpt membantu

  8. #8
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Xena...

    Mesti tak sabar menanti saat2 bergelar ibukan...

    Diaper dah cukup? stok anak sendiri kena ready..

    Urut bayi sekarang ni makin dipraktikkan oleh mana2 pihak..dan dpt galakan dr pakar..
    J&J pun ada kuarkan artikel cara2 nak urut bayi..
    teknik I LUV U.
    kat perut tu tak leh pusar/pusing sebarang...sbb area perut sensitif...

  9. #9

    Senyum Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    camner ek teknik i luv u tuh?????

  10. #10
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Quote Originally Posted by ibuthaqif View Post
    camner ek teknik i luv u tuh?????
    teknik I LUV U di buat masa urut area perut/bhg hadapan bayi.
    guna tapak tangan ratakan dari bhg dada ke bhg bawah/perut (buat I)
    lepas tu buat huruf L dr atas dada ke bawah..
    then buat huruf L terbalik..sama gak dr atas ke bawah..
    last sekali buat huruf U.

    mengurut bayi dilakukan dr kepala kemudian bahu.., bhg hadapan (teknik
    ILU) bahagian belakang...tangan bayi.., kaki terutama keting dan last sekali tapak kaki...

  11. #11

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Quote Originally Posted by anis2006 View Post
    Xena...

    Mesti tak sabar menanti saat2 bergelar ibukan...

    Diaper dah cukup? stok anak sendiri kena ready..

    Urut bayi sekarang ni makin dipraktikkan oleh mana2 pihak..dan dpt galakan dr pakar..
    J&J pun ada kuarkan artikel cara2 nak urut bayi..
    teknik I LUV U.
    kat perut tu tak leh pusar/pusing sebarang...sbb area perut sensitif...
    Itu lah kak... 1 year waiting.
    Diaper buat mase nih cukup.. hehehehe
    Klu x ckp akan ku cari kakak2 ku...

    Erm... xena ade dengar teknik ILU nih... kt tv pn ade iklankan...
    Disamping mengurut sebenarnyer dapat mengeratkan kaih syg ibu dan anak...

  12. #12

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    saya nak tanya mcm mana nak hilangkan ruam susu...TQ

  13. #13

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Quote Originally Posted by bellatri View Post
    saya nak tanya mcm mana nak hilangkan ruam susu...TQ
    Klu baby terkena ruam susu, mengikut petua yg pernah xena dengar sapukan dgn sedikit colgate/ubat gigi. Jgn terlalu banyak memadai dgn lapisan nipis supaya ruam cpt kering.

    Tapi seelok-eloknye elakkan ruam susu dgn menyediakan kain basah/ tisu basah semasa menyusukn baby.

    Org kata mencegah lebih baik dari mengubati...

    Anyway selamat mencuba.

  14. #14

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Tq... saya cuba guna petua yg d beri nampak ok...

  15. #15
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Quote Originally Posted by bellatri View Post
    Tq... saya cuba guna petua yg d beri nampak ok...
    oo bagus tu...boleh dipraktikkan..

  16. #16

    Soalan Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    hi.. ada sape2 tau x camne nak elakkan baby dari terkena angin pasang? risau.. takut baby tkena angin pasang, dah bawa g klinik, doktor cakap biarkan aje atau tuam ngan benda2 sejuk tapi ipar2 sume suruh tuam guna lada hitam yang dipanaskan... kompius nie nak guna cara mana.... ade sesape leh tolong tak???

  17. #17
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    Quote Originally Posted by vitamin C View Post
    hi.. ada sape2 tau x camne nak elakkan baby dari terkena angin pasang? risau.. takut baby tkena angin pasang, dah bawa g klinik, doktor cakap biarkan aje atau tuam ngan benda2 sejuk tapi ipar2 sume suruh tuam guna lada hitam yang dipanaskan... kompius nie nak guna cara mana.... ade sesape leh tolong tak???
    salam vitamin..
    anak ke-2 saya lelaki..saya mmg tuam guna lada hitam../ biji sawi yg goreng dlm kuali tanpa myk..nak bg panas..pastu bungkus dgn kain baru tuam kat bird bb..(bhg bawah) dan bhg ari2..ini dilakukan setiap hari lepas mandikan dia waktu pagi/ ptg...
    alhamdullilah ia dpt elak angin pasang..
    mmg susah nak jaga bb lelaki..

  18. #18

    Default Petua Anak Susah nafas sebb selsema

    anak-anak saya mmg selalu kena selsema almaklumla kan dok taska...bila balik kg tok-tok suh buat camnih :

    ibu kunyit asah pada lesung letak kat ubun-ubun dan batang idung anak...lagi satu pada yg memalas skit cam saya hik hik letak minyak masak kat batang isung ngan kening anak...dulu kalau krok krok bunyi idung anak sesak nafas terus tembak ubat dari klinik dlam idung anak tapi skrg alhamdulillah bila dah tau petua nih dah tak guna ubat tuh dah....insyaallah berkesan cubalah

  19. #19
    Peniaga Supreme @ D'Blaze Plaza Mall
    Join Date
    03 Jan 2006
    Posts
    9,148

    Default Re: Petua Anak Susah nafas sebb selsema

    Quote Originally Posted by adyra View Post
    anak-anak saya mmg selalu kena selsema almaklumla kan dok taska...bila balik kg tok-tok suh buat camnih :

    ibu kunyit asah pada lesung letak kat ubun-ubun dan batang idung anak...lagi satu pada yg memalas skit cam saya hik hik letak minyak masak kat batang isung ngan kening anak...dulu kalau krok krok bunyi idung anak sesak nafas terus tembak ubat dari klinik dlam idung anak tapi skrg alhamdulillah bila dah tau petua nih dah tak guna ubat tuh dah....insyaallah berkesan cubalah
    thanks adyra sudi berkongsi petua elak selsema..
    saya pernah gak amalkan..

  20. #20

    Gelihati Re: TIP PENJAGAAN BAYI/ KESIHATAN ANAK

    hmmm.... tenkiu... bgi tips yg teramat2lah bguna wat saya nie...

Page 1 of 4 1234 LastLast

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •