Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the Wanita Melayu Online.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Page 1 of 4 1234 LastLast
Results 1 to 20 of 70
  1. #1
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Pengenalan Kepada Kraf Membuat Sabun Hiasan Secara Cair & Bentuk @ 'Melt N Mold'



    Kraf membuat sabun menggunakan teknik pencairan bahan asas sabun dan membentuk sabun menggunakan acuan atau secara ringkasnya 'melt n mold soap crafting' adalah sesuatu yang amat baru bagi orang Malaysia.

    Walaubagaimanapun setelah anda mempelajari teknik-tekniknya yang amat mudah ini, anda mampu untuk menghasilkan satu sabun yang cantik dengan pilihan haruman, warna pilihan anda sendiri. Anda mungkin selepas ini tidak akan berbalik menggunakan sabun biasa lagi..

    Selain untuk digunakan sendiri, sabun yang terhasil boleh juga dijadikan hadiah. Dengan menghasilkan sesuatu sabun yang unik dan menarik, anda juga boleh menjualnya dan menjadikannya sumber pendapatan..



    Apa itu Sabun Berglyserin atau 'Glycerin Soaps'?


    Tahukah anda bahawa glyserin adalah bahan yang terhasil daripada kombinasi lye (sodium hydroxide) dan lemak atau minyak sewaktu proses membuat sabun.Kombinasi bahan2 tersebut adalah sesuatu yang asas dalam setiap proses penghasilan dan pembuatan sabun..

    Glyserin adalah penting kerana ia bertindak sebagai pelembab..ia memerangkap partikal udara dengan membentuk satu lapisan lembapan di permukaan kulit. Kebanyakkan sabun bayi mengandungi kandungan glyserin yang tinggi bagi mengelakkan iritasi dan memberikan kelembapan tambahan kepada kulit bayi yang lembut.

    Oleh sebab itu lah sabun yang terhasil perlu disimpan ditempat yang kedap udara atau dibalut dengan plastik lutsinar bagi mengelakkan terjadinya perpeluhan di permukaan sabun.

    Kebanyakkan sabun yang ada dipasaran telah dikurangkan atau hampir tiada glyserin. Ini adalah kerana glyserin tersebut telah diestrak keluar untuk digunakan dalam proses pembuatan bahan atau krim penjagaan dan rawatan muka yang mana marketnya lebih mahal berbanding sabun.



    Keistimewaan Bahan Asas Sabun Berglyserin dalam proses 'Melt-n-Mold Soap Crafting'


    Sekiranya anda mempunyai bahan-bahan dan mengetahui teknik membuat sabun, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menguntungkan kerana anda berpeluang menghasilkan sendiri sabun di rumah. Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa 'Lye' yang digunakan dalam proses membuat sabun adalah bersifat menghakis. Ia perlu dikendalikan dengan teliti dan berhati-hati. Silap gaya boleh melecur tangan.

    Tetapi kalau anda tidak tau cara-cara membuat sabun ‘from scratch” tidak mengapa..anda boleh juga menghasilkan sabun sendiri yang kaya dengan glyserin dirumah. Caranya amat mudah dengan menggunakan bahan asas sabun berglyserin. Di mana sabun tersebut dihasilkan dengan menggunakan teknik “Melt-N-Mold” . Bahan-bahan boleh didapati di sini



    Apakah cara “Melt-N-Mold”


    Bahan asas sabun tersebut hanya perlu dicairkan “melt” dengan menggunakan microwave ataupun double boiler (sepertik teknik mencairkan coklat), tambahkan pewarna dan pewangi, tuangkannya ke dalam acuan “mold”, dan tunggu untuk sabun itu mengeras dalam beberapa jam (kalau nak cepat masuk kan ler dalam peti ais), keluarkan dari acuan..dan sabun anda sedia untuk digunakan ataupun dijadikan hadiah.

    Dengan creativity, anda boleh menghasilkan berbagai bentuk dan jenis sabun hanya menggunakan bahan asas Melt-N-Mold ini sahaja..

  2. #2
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Keistimewaan Hobi membuat sabun

    1) Pakai aje peralatan sedia ada di dapur korang..lepas habis buat sabun, basuh cam biasa dan boleh pakai untuk kerja-kerja memasak seperti biasa.

    2) Kalau korang tak puas hati dengan hasil sabun korang, cairkan semula sabun tersebut dan buat balik..jimatkan..

    3) Boleh pakai ape2 jenis acuan yang flexible seperti acuan coklat, acuan kuih atau acuan ais. Boleh juga guna acuan yang kitar semula ..macam kulit telur, bekas botol plastik (potong dan ambil tapaknya), dan sebagainyaa

    4) Boleh buat sendiri sabun-sabun yang comel dan unik, letak haruman kegemaran dan pakai ...takyah beli sabun lain dah...


    Kat kedai2 jual peralatan buat kek banyak jual acuan yang comel2..selalunya acuan buat coklat..kalau you all duk kat shah alam boleh gi ke kedai baguz kat seksyen 13..mcm2 jenis acuan ada..acuan coklat comel2..tapi mahal skit laa..
    kalau pakai acuan ais pun boleh..


    Ada satu petua untuk senangkan sabun tu keluar dari acuan..iaitu letak skit petrolium jelly cam vesaline pada permukaan acuan sebelum tuangkan sabun. nanti bila dah sejuk senang sabun tu keluar..

    Kalau pakai cookies cutter pun boleh..kene sapu dulu vaseline pada permukaan cutter dan buat terapan macam buat biskut

  3. #3
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Antara sabun hiasan/sabun mandi/wedding favor yang boleh dibuat sendiri dirumah..


    ini namanya sabun hirisan buah limau..
    kalau korang guna warna hijau boleh jadikkan hirisan buah limau nipis.
    Kalu letak warna pink pulak dan luarnya letak warna hijau boleh jadikan hirisan buah limau bali..










    Kalau anak2 you all susah nak mandi..kene tarik telinga baru nak mandi, boleh try buat sabun2 berbentuk kartun. Just pakai apa2 acuan yang korang jumpa macam acuan kek/biskut, acuan ais ke atau buat sabun macam ni ...


  4. #4
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!











    Ni contoh sabun hiasan untuk letak kat bilik air tetamu...
    (sabun-sabun ini boleh lah digunakan sebagai sabun pencuci muka, sabun mandi dan juga buat sabun basuh tangan...)




    letak la sabun-sabun tu dalam bekas kaca macam ni...


  5. #5
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    INI ADALAH PERALATAN DAN BAHAN ASAS UNTUK MEMULAKAN PROSES MEMBUAT SABUN..





    1) Bahan Asas Sabun
    2) Pewarna
    3) Pewangi
    4) Acuan
    5) Microwave Oven atau Periuk
    6) Pisau Pemotong
    7) Alas Tempat Pemotong
    8 ) Penimbang
    9) Mangkuk atau Jug Penyukat -yang tahan panas/mikrowave
    10) Sudu atau Spatula




  6. #6
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    LANGKAH ASAS UNTUK MEMBUAT SABUN









    ~~~~~~~~~~~~~~~~~

    1) Potong bahan asas sabun kepada ketulan-ketulan kecil
    2) Letak dalam mikrowave dan panaskan dalam kuasa yang paling rendah selama beberapa min. (agak-agak la) kalau banyak ketulnya lama ler sikit. Kalau takde mikrowave boleh guna teknik double boil (cara macam nak cairkan/masak coklat)

    3) Setelah cair tambahkan pewangi
    4) Tambahkan pewarna
    5) Kacau dengan rata
    6) Tuang dalam acuan.
    7) Spray sikit alkohol di permukaan sabun kalau ada bubble pada permukaan sabun tu
    8).Biar selama beberapa jam
    9) Keluarkan dari acuan dan boleh guna dah ...

  7. #7
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Mari kita buat sabun ini pulak...







    Beli bunga tiruan di kedai bunga. jgn beli bunga plastik..beli yang macam kain tu..

    Lerai-leraikan kelopak bunga tersebut..kalau taknak lerai pun ok..

    Panaskan sabun dalam microwave, masukkan pewangi..kalau nak masukkan pewarna pun bole..kalau taknak pun takpe..

    sewaktu sabun tengah panas tu celup la kelopak atau bunga dalam sabun (gunalah penyepit ke ape ke )..bagi kene rata di seluruh permukaan kelopak...angkat dan biar sabun tu abis menitik dan letak bunga untuk dikeraskan atas kertas minyak...

    bila dah keras boleh letak dalam balang/bekas kaca...

    tip: Celup waktu sabun tengah panas sebab kalau sabun dah semakin sejuk, nanti sabun menjadi pekat dan kelopak bunga jadi tebal dan tak cantik...

    sabun jenis ini sesuai diletakkan di sinki basuh tangan ... dan boleh digunakan sebagai sabun basuh tangan. Caranya, ambil sehelai kelopak dan guna sebagai sabun basuh tangan, dan kelopak bunga tu boleh dibuang atau diguna semula untuk buat sabun yang lain...

    Untuk bunga yang besar tu boleh guna sampai sabun dipermukaanya habis dan recycle buat sabun yang lain...


    Kalau tak faham ape yang saya terangkan ni .. bole tanyee...

  8. #8
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Menggunakan Acuan Bahan Kitar Semula



    Gambar di atas menunjukkan hasil sabun yang menggunakan kotak susu (1 liter)..


    Caranya:
    1) Kotak susu itu dipotong la separuh dan ambil dasarnya sahaja..
    2) Cairkan asas sabun macam biasa..letak la pewarna, pewangi dan kacau rata
    3) Masukkan campuran sabun tu dalam kotak susu yang telah dipotong..
    4) Tunggu la sampai keras (leh masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku selama 5 min )
    5) Bila sabun keras cara untuk keluarkan sabun hanyalah dengan mengoyakkan kotak susu itu..

    dan siap la sabun..


    kalau nak lagi save buat bancuhan sabun dengan menggunakan warna yang berbeza..tuangkan sabun yang telah dibancuh ke dalam kotak susu tersebut..
    tuang satu2 warna dan tunggu sampai sabun agak keras (0.5jam dengan suhu bilik aje) dan baru tuang sabun dengan warna yang lain..buat la sampai kotak susu tu penuh..baru ler letak dalam peti sejuk..

    bila dah sejuk koyakkan kotak tu dan potong la sabun2 ikut warna2 dengan pisau...

  9. #9
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Selain dari bekas acuan macam yang diceritakan di atas..boleh juga pakai cookie cutter



    ni contoh kalau pakai cookie cutter ...




  10. #10
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!








  11. #11
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Kalau takde microwave bole guna cara ini....



    Doubler BOIL

  12. #12
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    JOM BUAT SCRUBBIE SOAP...


    CARANYA:

    Beli laa scrubbie camni...







    Dan Hasilnyaaa....





    dan bolehlaa digunakan ketika mandi..sesambil bersabun terus berscrub...

    Acuan???? just pakai bekas plastik makanan yang boleh recycled tu jee..kalau takde pakai aje tapak botol mineral water 1 liter or aper-ape bekas yang tahan panas..



  13. #13
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Ni gambar contoh handmade soap yang saya jumpa diinternet..selamat menjamu mata..!!









  14. #14
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    cuci mata lagi...














  15. #15
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!




    Camne nak buat sabun camni....?

    caranya mudah aje..

    gunakan penerap kuih bentuk love dan gunakan cop huruf dan copkan dan tekan atas permukaan sabun tu...


    (martha stewart's show)

  16. #16
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Ni antara sabun yang berjaya dihasilkan oleh customer saya..


    Terima kasih untuk Shieda (cari.com.my)

    Hi semua.....just nak kongsi apa yg dah shieda hasilkan.....
    thanks to adjem...







    From Shieda...

    hehehe cantik ek....emm mmg mudah sgt nak buatnya n seronok gak ..
    ok nak buat nya senang jer .....
    memula kita wat la apa2 warna yg kita nak 3-4 warna ke ...means buat satu2 la....
    then siapkan satu bekas...memula letak sket je sabun yg dah dicairkan yg x diletak pewarna n biarkan keras.....

    bila dah keras tu kan .....sabun2 berwarna yg dah disiapkan seawalnya dulu dipotong kecil2 ....kecil2 je jgn besar2 sgt then atur dlm bekas yg ada sabun lutsinar tu ....atur je ikut kombinasi warna yg kita suka.....pastu dituang kan keatasnya sabun lutsinar yg cair dan masih panas .....sabun yg panas t mencairkan sabun kecil2 yg berwarna n menyebabkan warna nya mengalir n bercampur....jadilah hasilnya mcm dlm gambar tu .....

    err shieda ni x pandai sgt nak menulis instruction ni....agak2 kalau x berapa paham tanya lah ek ...

  17. #17

    Senyum Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    hai kak..bahan asas sabun nk dpt kt maner???bes l page akk n..cantik bangat..klu jual kira cmner??

  18. #18
    Peniaga Supreme Beli @ Wanita Mall
    Join Date
    08 Dec 2005
    Posts
    556

    Default Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Hi Arebydiey ...
    Semua bahan untuk buat sabun ni boleh beli ngan akak..skarang ni tengah buat jualan penghabisan stok..murah-murah lagi...boleh test buat sabun hiasan sndiri

    D-I-Y & Cenderahati Unik Berasaskan Sabun Lutsinar

  19. #19

    Gelihati Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Quote Originally Posted by adjem View Post
    Hi Arebydiey ...
    Semua bahan untuk buat sabun ni boleh beli ngan akak..skarang ni tengah buat jualan penghabisan stok..murah-murah lagi...boleh test buat sabun hiasan sndiri


    berapa harge nye kak??

  20. #20

    Senyum Re: JOM BELAJAR BUAT SABUN HIASAN!!!

    Salam perkenalan. Saya baru habis belajar...masih mencari keja..
    sementara nie..ingat nak jugak belajar buat sabun hiasan. Kalau saya nak beli dengan akak asas bahan2 sabun berapa yer? Saya nak jugak belajar buat sementara mengisi masa lapang.

 

 
Page 1 of 4 1234 LastLast

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •